Skip to main content
BERITA| Rosmaini didakwa lagi atas dua pertuduhan cederakan isteri

Seorang lelaki didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan cara memukul isterinya guna pelbagai objek di Sungai Petani, Kedah pada Mac dan bulan lalu.

 

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

 

Mahkamah menetapkan tertuduh tidak boleh dijamin kerana masih dipenjara dan menetapkan 16 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi proses serahan dokumen.

 

Terdahulu, tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara 14 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya hingga koma di Johor Bahru pada 2021.

__

 

Dua suspek kes kematian penuntut kolej dengan 61 kesan tikaman di Ketereh, Jumaat lalu, akan disambung reman.

 

Ketua Polis Kelantan berkata, kedua-dua lelaki berusia 19 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu pagi esok.

 

Mereka sebelum ini direman selama tujuh hari bermula 2 Mei lalu.

__

 

Dan, Kementerian Kesihatan sedia terima 850 pelajar perubatan sebuah cawangan universiti United Kingdom di ibu negara susulan perubahan dasar oleh kerajaan Britain.

 

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tiada halangan untuk kumpulan graduan berkenaan dilatih di Malaysia guna modul sedia ada, tertakluk syarat kemasukan semasa.

 

Pelaksanaan dasar oleh UK yang mengubah syarat kemasukan ke Program Asasi menyebabkan peljar terlibat tidak lagi menikmati keutamaan untuk sertai latihan perubatan di bawah sistem Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaannya.

SINAR Muzik Retro Terbaik