
BERITA| MARA Gesa KPTM Semak Aspek Keselamatan Pelajar
Kolej Poly-Tech MARA digesa agar laksana semakan menyeluruh terhadap aspek keselamatan dan kebajikan pelajar di semua institusi di bawah kendaliannya.
Jelas Pengerusi MARA, ia bagi elak kejadian jenayah ganas dalam kalangan pelajar daripada berulang.
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam pada itu ucap takziah kepada keluarga penuntut KPTM yang dilapor maut dibunuh di Ketereh, baru-baru ini.
Beliau berkata MARA dan KPTM telah menyalurkan sokongan segera kepada keluarga pelajar berkenaan dan pihaknya serahkan siasatan kes itu kepada polis.
Dalam perkembangan berkaitan, pasangan warga emas yang direman berhubung kes itu dibebaskan dengan jaminan polis dan fokus siasatan kini tertumpu kepada 2 suspek remaja lelaki.