
BERITA| Malaysia Antara Negara Berpotensi Jadi Sasaran Serangan Siber
Perdana Menteri dedahkan Malaysia antara negara yang berpotensi jadi sasaran serangan siber.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia susulan kekuatan infrastruktur digital dan pusat data negara, selain pendirian tegas kerajaan dalam isu antarabangsa, khususnya Palestin dan Gaza.
Justeru, beliau berkata mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara, MKN diadakan bagi meneliti implikasi perkembangan geopolitik semasa termasuk ancaman hibrid digital.
Datuk Seri Anwar turut minta rakyat kekal tenang, namun tetap perlu sentiasa berwaspada susulan perkembangan ancaman keselamatan antarabangsa itu.