Skip to main content
BERITA| Kes Keganasan Rumah Tangga Meningkat

 

BERITA| Kes Keganasan Rumah Tangga Meningkat 

Kerajaan akan kemukakan usul bagi memperketat tindakan undang-undang dan mewujudkan amaran awal terhadap pesalah berulang kes keganasan rumah tangga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat berkata langkah rentas agensi perlu memandangkan pihaknya tiada kuasa perundangan untuk merekodkan data pesalah berulang secara terbuka.

Justeru kementerian bersedia kemukakan kertas cadangan bagi mempercepat proses keadilan dan memperkukuh penguatkuasaan.

Langkah intervensi lebih tegas itu selari dengan peningkatan kes keganasan rumah tangga yang merekodkan lebih 7,300 kes tahun lepas berbanding kira-kira 5,500 kes pada 2023.

SINAR Muzik Retro Terbaik