Skip to main content
BERITA| Kerajaan perkenal elaun pasca cuti bersalin, bantu wanita kekal dalam kerjaya - PMX

Kerajaan secara prinsip bersetuju memperkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata elaun itu adalah bantuan kewangan bagi cuti tambahan sehingga 30 hari yang diambil selepas tamat tempoh cuti bersalin 98 hari.

 

Tambahnya, inisiatif itu dijangka beri manfaat kepada lebih 132,000 pekerja wanita seluruh negara.

 

Kerajaan turut bercadang untuk memperluas skop perlindungan PERKESO kepada warga Malaysia yang bekerja di luar negara, khususnya melibatkan pekerja rentas sempadan.

 

Datuk Seri Anwar berkata inisiatif tersebut akan dimulakan dengan menyasarkan warga Malaysia yang berulang-alik bekerja ke Singapura setiap hari.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 di Bukit Jalil. 

__

 

Perdana Menteri mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel menahan 22 kapal misi Global Sumud Flotilla 2.0, termasuk 10 rakyat Malaysia.

 

Kerajaan sedang berhubung dan bekerjasama rapat dengan negara-negara sahabat bagi memastikan kesemua aktivis yang ditahan, dibebaskan segera.

__

 

Dan, Kementerian Kesihatan beri jaminan tiada pengurangan akan dibuat terhadap perkhidmatan teras kesihatan walaupun terdapat cadangan penjimatan perbelanjaan babitkan kementerian.

 

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly berkata cadangan itu bukanlah keputusan muktamad, sebaliknya masih di peringkat cadangan oleh Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan.

 

Jelasnya lagi, perkhidmatan asas seperti rawatan pesakit, penjagaan kecemasan, bekalan ubat serta peralatan perubatan akan terus dipelihara tanpa sebarang pengurangan.

SINAR Muzik Retro Terbaik