
BERITA| Kanser Kekal Sebagai Punca Kematian Ke-3 Tertinggi Di Malaysia
Kanser kekal sebagai punca kematian ketiga tertinggi di Malaysia dengan kira-kira 40,000 kes baru direkodkan setiap tahun.
Menurut Menteri Kesihatan, ia sekali gus menunjukkan bebanan yang semakin meningkat terhadap sistem penjagaan kesihatan dan kapasiti tenaga kerja negara.
Jelas Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Malaysia kini mempunyai lebih 80 pakar onkologi di seluruh negara, peningkatan 60 peratus sejak 2019.
Namun, jumlah itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan penjagaan kanser yang semakin meningkat dan kompleks.