Skip to main content
BERITA| Jejantas ECRL-LRT Gombak Dijangka Siap Mac 2027 - MRL

Jejantas pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan Stesen ECRL Gombak dengan Stesen LRT Gombak dijangka siap sepenuhnya menjelang Mac tahun depan.

MRL memaklumkan pembinaan jejantas itu turut merangkumi sambungan ke Terminal Bersepadu Gombak bagi memudahkan pergerakan penumpang.

Justeru, pihaknya akan menyediakan laluan pejalan kaki sementara bagi kemudahan penumpang susulan perkhidmatan ECRL mula beroperasi pada Disember tahun ini.

.....  

Kali terakhir disemak, kira-kira 20 kawasan termasuk di Negeri Sembilan, Johor dan Kuala Lumpur merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat ketika ini.

Orang ramai khususnya di kawasan yang terlibat diminta berhati-hati, elak aktiviti luar yang tidak perlu dan memakai pelitup muka semasa keluar.

.....

Jabatan Imigresen menahan 34 individu dalam serbuan ke atas sindiket penipuan pelaburan yang beroperasi di sebuah inap desa di Melaka.

Pihaknya berkata sindiket yang menyasarkan warga Korea melalui tawaran pelaburan pulangan tinggi itu dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu.

.....

Adinda Sultan Terengganu, Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mangkat di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada pukul 1.20 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi pengumuman rasmi yang dibuat dengan titah perkenan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

.....

Dan TuJu berkata gangguan fungsi navigasi aplikasi lebuh raya itu yang dialami pengguna sejak beberapa hari lalu dijangka pulih sepenuhnya selewat-lewatnya awal November depan. 

SINAR Muzik Retro Terbaik