Skip to main content
BERITA| Isu harga barangan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu ini - PMX

Isu harga barangan dan kos sara hidup akan dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini. 

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia kerana masih terdapat sedikit rungutan daripada peniaga kecil hasil maklum balas diterimanya. 

 

Tambahnya, walaupun laporan rasmi menunjukkan harga barangan masih terkawal, realiti pada peringkat akar umbi perlu diambil kira dalam merangka dasar kerajaan. 

 

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri menegaskan langkah penyusunan semula dan semakan perbelanjaan kerajaan tidak jejaskan sektor asas seperti kesihatan termasuk pengambilan doktor baharu.

 

Jelas Datuk Seri Anwar, sebaliknya ia hanya melibatkan pengurangan perbelanjaan berlebihan seperti hospital yang terlalu mewah.

 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, hari ini.

__

 

Lelaki yang pukul bekas isterinya sehingga koma 5 tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara 14 tahun.

 

Mahkamah Rayuan menaikkan hukuman daripada 10 kepada 14 tahun selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan supaya tertuduh dikenakan hukuman maksimum. 

 

Terdahulu, polis turut mengesahkan tertuduh ada lah lelaki yang sama dalam kes pukul isteri hingga mangsa alami keguguran dalam kejadian di Sungai Petani, bulan lalu.

__

 

Dan, pelakon veteran Jalil Hamid meninggal dunia di kediamannya tengah hari tadi.

 

Menurut ahli keluarga, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur.

SINAR Muzik Retro Terbaik