Skip to main content
BERITA| Iran umum Selat Hormuz dibuka sepenuhnya

Menteri Luar Iran umum Selat Hormuz kini dibuka sepenuhnya. 

 

Semua kapal komersial dibenarkan melalui selat tersebut bagi baki tempoh gencatan senjata. 

 

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump umum gencatan senjata selama 10 hari antara Israel dan Lubnan, Khamis lalu. 

__ 

 

Sementara itu, sebuah daripada tujuh kapal tangki minyak mentah milik Malaysia, Ocean Thunder tiba di terminal Pengerang dan kini berlabuh dengan selamat. 

 

Terdahulu, Perdana Menteri maklumkan sebuah lagi kapal sudah menghampiri perairan negara, manakala kerajaan pantau lima kapal yang belum melepasi Selat Hormuz. 

__ 

 

Dan, seorang rakyat Malaysia disahkan antara lapan mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Kalimantan Barat, Indonesia.    

  

Wisma Putra maklumkan identiti mangsa dikenal pasti Ketua Pegawai Operasi KPN Plantations, Patrick Kee Chuan Peng. 

SINAR Muzik Retro Terbaik