
BERITA| Diyat Wajar Diteliti Untuk Keadilan Waris Mangsa Kemalangan Pemandu Mabuk
Pampasan berasaskan syariah atau diyat wajar diteliti sebagai keadilan kepada keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan melibatkan pemandu mabuk di Klang.
Jelas Menteri Hal Ehwal Agama, hak waris mangsa tidak boleh diabaikan dan pendekata diyat perlu diberi perhatian bagi memastikan perlindungan kepada keluarga waris terjamin.
Beliau turut sokong langkah Kementerian Pengangkutan yang sedang merangka pindaan akta bagi mewajibkan pesalah bayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain hukuman penjara.
Sementara itu, Persatuan Perubatan Malaysia gesa penguatkuasaan lebih agresif melalui pelaksanaan Op Mabuk secara berterusan sepanjang tahun.
Jelasnya, saringan rutin bukan sahaja perlu melibatkan alkohol, tetapi juga dadah yang boleh menjejaskan keupayaan pemanduan.
Data Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, MIROS menunjukkan pemandu mabuk adalah 13 kali lebih berkemungkinan menyebabkan kemalangan