Skip to main content
BERITA| Belanjawan 2027 'tidak berjerebu' - PM Anwar

 

Perdana Menteri tepis dakwaan segelintir pihak yang mengkritik Belanjawan 2027 tanpa meneliti angka dan data yang terkandung di dalamnya.

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Belanjawan tersebut digubal menggunakan data terperinci yang mencerminkan situasi ekonomi negara serta keperluan rakyat.

 

Jelas beliau, langkah itu membolehkan kerajaan meningkatkan peruntukan bagi STR dan SARA kepada RM15 bilion, iaitu hampir dua kali ganda berbanding ketika beliau mula memegang jawatan.

 

Tambahnya, kerajaan juga akan terus beri subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter, walaupun harga minyak global meningkat, bagi bantu ringankan beban kos sara hidup rakyat.

 

SINAR Muzik Retro Terbaik