
BERITA| Bantuan Disalurkan Kepada Keluarga Mangsa Nahas Helikopter Di Ulu Baram
Perdana Menteri berdukacita menerima khabar nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Ulu Baram, Sarawak.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan akan memberikan segala bantuan dan sokongan diperlukan kepada keluarga mangsa.
Sementara itu, sumbangan kewangan dan bantuan 'ex-gratia' akan disalurkan kepada keluarga mangsa nahas helikopter berkenaan.
Menteri Kesihatan berkata bantuan berkenaan antara langkah KKM bagi memastikan kebajikan keluarga dan waris mangsa terbela.
Dalam pada itu, KKM akan teruskan perkhidmatan doktor udara, FDS di kawasan pedalaman Sarawak termasuk bagi kes kecemasan perubatan.
Jelas Menteri Kesihatan, tiada sebab untuk menghentikan perkhidmatan itu memandangkan ia amat diperlukan khususnya kepada masyarakat di kawasan pedalaman.
Bagaimanapun KKM akan mengambil kira input pihak berkuasa berhubung aspek keselamatan helikopter sebelum buat keputusan untuk meneruskan perkhidmatan FDS.