Skip to main content
BERITA| Bangunan Bertingkat Didiami Rohingya Akan Dirobohkan

 

BERITA| Bangunan Bertingkat Didiami Rohingya Akan Dirobohkan

Bangunan kediaman bertingkat didiami etnik Rohingya yang tular baru-baru ini di Hulu Langat akan dirobohkan mengikut peruntukan undang-undang. 

Menteri Besar Selangor berkata sebahagian besar struktur bangunan itu didirikan di atas lot tanah milik persendirian manakala sebahagian kecil berada dalam kawasan rizab jalan.

Datuk Seri Amirudin Shari juga menjelaskan pelbagai tindakan telah diambil sejak 2016 bagi tangani isu bangunan penempatan etnik tersebut, di kawasan itu termasuk kompaun.

Sementara itu, isu perkampungan Rohingya di Hulu Langat akan dibawa ke Sidang DUN September nanti.

ADUN Dusun Tua berkata ia khususnya babitkan salah guna tanah oleh pemilik yang benarkan warga asing bina penempatan dan jalankan aktiviti komersial tanpa kawalan.

SINAR Muzik Retro Terbaik