Skip to main content
BERITA| 6 kapal GSF 2.0 dipintas, 10 rakyat Malaysia antara ditahan - SNCC

10 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla 2.0 terputus hubungan selepas kapal yang dinaiki dipintas tentera Israel.

 

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

SNCC menggesa sokongan kerajaan khususnya dari sudut keselamatan dan urusan diplomati bersama kerajaan Greece serta Turkiye.

 

Setakat ini, status kesemua mereka masih belum diketahui, dan pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu dari semasa ke semasa.

__

 

Inisiatif bekerja dari rumah (BDR) menjimatkan RM1.9 juta subsidi petrolRON95 dalam tempoh 10 hari pelaksanaannya.

 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkata kini lebih 20,100 penjawat awam terlibat dalam dasar BDR berbanding kira-kira 15,400 pada awal pelaksanaan.

__

 

Dan, seorang pegawai tentera didakwa di Mahkamah Majistret KL atas pertuduhan membunuh seorang pempengaruh warga Bangladesh dalam kemalangan di Lebuhraya Mex minggu lalu. 

 

Dia turut berdepan dua lagi pertuduhan kerana memandu melebihi had alkohol dibenarkan sehingga menyebabkan kecederaan kepada 2 mangsa.

 

Sementara itu, lelaki warga China viral kerana memandu secara melawan arus hingga menyebabkan kemalangan di Sungai Petani, Kedah, Ahad lalu, dipenjara sehari dan didenda RM10,000.

SINAR Muzik Retro Terbaik