SINAR!
Menyinari Hidupmu
Bermula 7 Januari 2020, Astro First bawakan filem istimewa iaitu '10 TIPS TIPU BINI'. Sila ke saluran Astro 480 untuk melanggan.
SINOPSIS:
Raffi,Kay dan Jepp adalah 3 sahabat baik yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur benama Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato Dean. Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara sebaliknya bila mereka berada di rumah masing-masing. Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan bini masing-masing. Mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama ‘DUBUK LIAR’ tetapi masih takut dimarahi isteri masing-masing. Mereka bertiga sedang mengalami masalah ‘Krisis Pertengahan Usia” yang sering melanda paa-para suami, hendak berbuat nak tetapi takut-takut. Kisah bermula apabila kemasukan 3 orang gadis intern yang cantik-cantik dan muda bekerja di syarikat mereka. Dari situ mereka mula berangan dan memasang niat nakal untuk memikat 3 orang gadis tersebut untuk dijadikan kekasih masing-masing. Akan tetapi mereka bermasalah dengan kerangan isteri-isteri di rumah. Pelbagai penipuan ‘kiri dan kanan’ demi melaksanakan niat-niat mereka itu.
Lakonan:
Ropie, Khir Rahman, Joey Daud, Dato’ Awie, Vicha, Ziema Din, Nazia Mustafar, Elizabeth Tan dan ramai lagi.