Menyinari Hidupmu
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menyediakan Perkhidmatan Kaunseling secara dalam talian. Tuan/Puan boleh mendapatkan Perkhidmatan Tele-Kaunseling dan E-Kaunseling melalui Tol Free Helpline FamilyCare@LPPKN di talian 1-800-82-0300 untuk bercakap terus dengan Kaunselor Profesional LPPKN (Kaunselor Berdaftar) sekiranya anda mengalami isu-isu berkaitan Keluarga, Pasangan dan Perkahwinan. Waktu Operasi Ahad-Jumaat.
Anda minat membaca? Kini anda boleh membaca di mana-mana sahaja. Perpustakaan Negara Malaysia menawarkan perkhidmatan perpustakaaan digital www.u-pustaka.gov.my. Pendaftaran percuma. Pelbagai sumber elektronik seperti e-buku, e-jurnal, e-majalah, e-suratkhabar dan portal e-pembelajaran boleh didapati di bawah portal u-Pustaka. Maklumat lanjut, layari www.pnm.gov.my dan media sosial Perpustakaan Negara Malaysia.
Program untuk membantu rakyat yang terkesan akibat bencana banjir dalam membuat gantian dokumen pengenalan diri yang rosak dan hilang serta lain-lain urusan berkenaan Jabatan Pendaftaran Negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi 03- 95438888 atau lawati sinar.my
Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara , sila e-mel kepada kami di feedback@sinar.my .
Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.