Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
berita sukan

Berita Terkini

← Back to list

Skuad bola sepak bawah 23 negara cipta sejarah

Aug 18, 2018


Skuad bola sepak bawah 23 negara cipta sejarah

Foto - FAM

Skuad bola sepak bawah 23 negara cipta kemenangan sensasi di Sukan Asia apabila menewaskan juara bertahan, Korea Selatan 2-1.

Gol-gol kemenangan Malaysia dijaringkan Safawi Rashid pada minit ke-5 dan masa kecederaan babak pertama.

Kemenangan kedua dalam Kumpulan E itu sekaligus mengesahkan kemaraan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ke peringkat 16 terbaik.

Kali terakhir skuad negara menewaskan Korea Selatan adalah di Stadium Merdeka pada 1980 juga dengan kemenangan 2-1.

Malaysia dijadual bertemu Bahrain dalam perlawanan terakhir kumpulan, Isnin depan.

-----

Juara bertahan kalah lagi

Foto - JohorSouthernTigers

Juara bertahan, JDT rebah di Kota Bharu apabila tewas tipis 0-1 kepada tuan rumah, Kelantan pada saingan kumpulan Piala Malaysia.

Kekalahan kedua dalam tiga perlawanan itu menyaksikan skuad bimbingan Benjamin Mora jatuh ke tangga ketiga Kumpulan C.

Dalam aksi Kumpulan B, Melaka United pamer kebangkitan untuk mengikat pasukan pelawat PDRM 2-2.

-----

Sukan Asia: Skuad sepak takraw lelaki terima perkhabaran gembira

Foto - Stadium ASTRO

Skuad sepak takraw lelaki negara terima berita gembira apabila dibenarkan beraksi dalam acara antara regu Sukan Asia 2018.

Persatuan Sepak Takraw Asia berkata, keputusan itu dibuat berpandukan Buku Panduan Teknikal Sukan Asia 2018 selain mengambil kira hubungan serantau.

Penyertaan Malaysia dalam acara antara regu lelaki sebelum ini menjadi tanda tanya selepas tercicir pada majlis undian, bulan lalu.


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm

Sabtu - Ahad

8am, 10am, 12 pm

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50