Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
berita sukan

Berita Terkini

← Back to list

Aura Klopp Tamatkan Kemarau Liverpool!

Jun 26, 2020


Nama Jurgen Klopp pasti diangkat sebagai lagenda untuk Liverpool. Mana taknya, dalam tempoh 3 dekad ni 8 pengurus dah cuba bimbing The Reds untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris. Semuanya gagal termasuklah Rafa Benitez dan Brendan Rogers yang paling hampir untuk hadiahkan kejuaraan liga kepada Liverpool.

Foto : Stadium Astro

Klopp hadir ke Anfield pada 2015 bagi menggantikan Brendan Rogers. Sebaik mengambil alih jawatan itu, Klopp cakap dia perlukan sekurang-kurangnya 4 tahun untuk Liverpool menjuarai sebarang kejohanan. Tapi belum cukup 4 tahun Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara Eropah untuk kali ke-6 dengan menewaskan Tottenham 2-0 tahun lepas. Ianya juga merupakan kejayaan pertama Klopp menjulang trofi tersebut selepas gagal 2 kali sebelumnya. Klopp tewas pada final 2013 kepada Bayern Munich ketika membimbing Borussia Dortmund dan pada 2018 ketika Liverpool kalah 1-3 kepada Real Madrid.

Klopp mengekalkan rata-rata pemainnya untuk musim tahun ini. Para pemainnya juga sudah serasi dengan corak permainan yang diinginkan Klopp. Liverpool terus mengorak langkah untuk mendahului saingan Liga Perdana Inggeris. Penangguhan sukan bola sepak kerana pandemik COVID-19 pada Mac lalu mungkin beri manfaat kepada Liverpool. Prestasi mereka tidak begitu baik kerana tewas 4 daripada 6 perlawanan dalam semua kejohanan termasuk kalah 2 kali kepada Atletico Madrid di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara. 

Namun mendahului 25 mata sebelum pandemik COVID-19 berlaku, Liverpool hanya tunggu masa untuk dinobat sebagai juara EPL. Waktu itu tiba pagi tadi apabila pencabar terdekatnya, Manchester City tewas 1-2 kepada Chelsea sekaligus menghadiahkan kejuaraan kepada Klopp dan anak buahnya. Liverpool disahkan sebagai juara dengan baki 7 perlawanan yang merupakan satu rekod baru! Sebelum ini rekod tersebut dipegang oleh kedua-dua pasukan Manchester iaitu dengan 5 baki perlawanan. 

Foto : Stadium Astro

Jangan terkejut kalau ini semua hanya permulaan untuk Liverpool di bawah kendalian Klopp. Sebabnya Liverpool berpeluang untuk mencipta beberapa lagi rekod EPL musim ini. Contohnya jumlah kemenangan di laman sendiri dalam semusim, jumlah mata tertinggi dalam semusim. Kalau nak senaraikan semua, sesudah Subuh esok lah baru korang habis baca artikel ni.

Foto : Stadium Astro

Selain berpeluang pecahkan pelbagai rekod musim ini, pemain-pemain Liverpool juga berada pada kemuncak prestasi dalam karier mereka. Kapten, Jordan Henderson berusia 30 tahun. Trio serangan mereka, Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah baru berusia 28 tahun. Tonggak pertahanan, Virgil Van Dijk, 28 tahun. Kesemua mereka ini sekurang-kurangnya miliki tempoh 2 hingga 5 tahun lagi untuk beraksi di peringkat tertinggi. Penyokong Liverpool pasti teruja untuk mengharungi tempoh separuh dekad seterusnya.

Semestinya Klopp layak terima semua pujian ekoran kejayaan Liverpool setakat ini. Taktikal dan keputusan pembelian pemain yang kebanyakannya tepat membantu The Reds untuk tamatkan kemarau kejuaraan liga selama 30 tahun. Kalau Klopp ni tak 'power', takkanlah lagenda Liverpool, Robbie Fowler sanggup nak serahkan nama samaran dia iaitu'god' kepada Klopp. Kan?

Tahniah Liverpool! You'll never walk alone!

Oleh : Karami Kamel


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm

Sabtu - Ahad

8am, 10am, 12 pm

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50