Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
berita sukan

Berita Terkini

← Back to list

2 atlet angkat berat Sukma Perak sah ambil bahan terlarang!

Oct 19, 2018


Kes doping atlet angkat berat berterusan!

Foto - Stadium Astro

2 atlet angkat berat pada SUKMA Perak bulan lepas sah ambil bahan terlarang!

Agensi Anti-Doping Malaysia berkata ujian makmal ke atas sampel kedua-dua atlet itu didapati positif sejenis bahan yang digunakan untuk meningkatkan prestasi. 

Foto - Stadium Astro

Pengarahnya, Datuk Dr Ramlan Abd Aziz luahkan kebimbangan ekoran wujud kemungkinan kes ini merupakan tindakan terancang sesetengah pihak bagi memburu pingat pada temasya tersebut.

Jelasnya, lebih 200 ujian saringan doping dibuat sebulan sebelum SUKMA Perak berlangsung dan dipercayai bahan terlarang ini diberikan kepada atlet pada saat-saat akhir pada temasya itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal SUKMA Perak, risau sukan angkat berat bakal disenaraihitam daripada SUKMA Johor 2020 ekoran pembabitan atletnya dengan isu doping.

---

Dasar Pandang ke Timur disambut baik Majlis Olimpik Malaysia

Foto - Stadium Astro

Majlis Olimpik Malaysia sambut baik usaha Kementerian Belia dan Sukan menerapkan Dasar Pandang ke Timur demi meraih emas pertama negara pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Presidennya, Datuk Seri Norza Zakaria berkata langkah tersebut mampu meningkatkan mutu sukan Malaysia.

DPL, Datuk Seri Norza berkata pengesahan jumlah sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA Filipina tahun depan hanya boleh dibuat selepas Majlis Persekutuan Sukan SEA bermesyuarat hujung bulan depan.

Tambahnya, ketua kontinjen negara ke temasya tersebut juga akan diumumkan bulan depan.

---

Sabah berdepan tugas getir!

Foto - Stadium Astro

Pengendali Sabah, Jelius Ating akui anak buahnya berdepan tugas sukar pada aksi kedua separuh akhir Paiala Malaysia menentang Perak di Likas, Ahad ini!

Ini selepas skuad Badak dibelasah 0-5 di Ipoh pada aksi pertama 7 Oktober lalu.

Tambah Jelius, kecederaan kepada beberapa pemain tonggaknya juga pasti akan memberi kesan terhadap prestasi sebenar pasukannya nanti.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Perak tawarkan kemudahan sepuluh bas beserta tiket percuma kepada penyokong The Bos Gaurus sekiranya pasukan itu berjaya layak ke final Piala Malaysia.


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm

Sabtu - Ahad

8am, 10am, 12 pm

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50