Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
berita sukan

Berita Terkini

← Back to list

Undian Piala Malaysia seimbang

Jul 23, 2019


Undian Piala Malaysia seimbang

Foto - Malaysian Football League

Juara bertahan Perak diundi dalam Kumpulan B saingan Piala Malaysia bersama Pahang, Sabah dan Pulau Pinang manakala finalis Piala FA, Kedah dalam Kumpulan A bersama Terengganu FC, PKNS FC dan Negeri Sembilan.

JDT berada dalam Kumpulan B bersama PJ City FC, PKNP FC dan UiTM FC sementara Kumpulan D menghimpunkan juara 33 kali Selangor, Melaka United, Felda United dan PDRM.

Undian Piala Cabaran pula saksikan Kelantan diundi dalam Kumpulan A bersama JDT II dan Sarawak manakala Kumpulan B pula menempatkan Terengganu FC II, UKM FC, Selangor United dan Kuala Lumpur.

-----

Selangor bukan pasukan pilihan dalam Piala Malaysia

Foto - Stadium Astro

Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan nafi dakwaan pihak yang meramalkan skuad Ree Giants sebagai satu daripada calon pilihan untuk mara sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir Piala Malaysia, musim ini.

Beliau akui saingan tiga pasukan lain dalam Kumpulan D melibatkan Felda United, Melaka dan PDRM tidak boleh dipandang mudah.

Ini kerana katanya, kesemua pasukan berkenaan mampu menghadirkan kejutan pada kejohanan bola sepak berprestij tanah air itu.

-----

FAP masih berharap

Foto - Persatuan Bolasepak Pulau Pinang

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang akan merayu Mahkamah Timbang Tara Sukan berhubung keputusan FIFA yang memotong 6 mata pasukan itu hingga terlepas peluang ke Liga Super, musim depan.

FAP berkata, pihaknya sedia bayar caj penalti walaupun berganda daripada tuntutan wang asal jika keputusan itu dapat ditarik balik oleh FIFA.

Skuad Harimau Kumbang dikenakan hukuman itu ekoran gagal mengikut arahan dan tempoh masa ditetapkan FIFA untuk jelaskan tuntutan rasmi daripada bekas pertahanan import dari Brazil, Reinaldo Lobo. 


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm

Sabtu - Ahad

8am, 10am, 12 pm

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50