Berita Terkini
← Back to list
Logo, maskot dan tagline Sukma 2020 dilancar bulan depan
Jun 14, 2019
Foto - SUKMA
Logo, maskot dan tagline atau slogan untuk temasya Sukma 2020 yang bakal dianjurkan di Johor dijangka dilancarkan bulan depan.
Pihak sekretariat juga sedang dalam perancangan untuk membuat pemakluman berkaitan sistem pendaftaran sukarelawan bagi temasya itu.
Foto - Buletin 01
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, mengikut anggaran, Sukma 2020 memerlukan sekitar 3,000 sukarelawan
Sukma 2020 bakal berlangsung pada 11 hingga 19 Julai tahun hadapan dan ini adalah kali kedua Johor menjadi tuan rumah Sukma.
Foto - Twitter @ezadhfizy
Sementara itu, kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM142 juta khusus bagi penganjuran SUKMA Johor tahun depan.
Untuk itu, kerajaan negeri akan pastikan SUKMA 2020 merupakan penganjuran yang terbaik dari segi pengurusan dan semangat kesukanan atlet.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm