Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
berita sukan

Berita Terkini

← Back to list

JDT sambar pemain Garuda Muda

Dec 23, 2020


JDT sambar pemain Garuda Muda

Foto - Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta'zim menandatangani pemain Bawah 23 tahun Indonesia, Syahrian Abimanyu bagi memperkasa kelab itu dalam saingan Liga Malaysia, musim depan.

Skuad Harimau Selatan bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada pemain kelahiran Banjamegara berusia 21 tahun itu akan beraksi untuk skuad JDT atau JDT II.

Syahrian pernah mendapat pendedahan bersama kelab La Liga, Levante di Sepanyol sebelum kembali ke Indonesia untuk menyertai kelab Liga 1, Persija Jakarta.

-----

Tan Cheng Hoe minta ihsan kelab

Foto - Bernama

Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe harap kerjasama semua pasukan Liga Malaysia untuk melepaskan pemain masing-masing untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan, bulan depan.

Menurut pengendali berusia 52 tahun itu, semua pihak perlu memahami agenda bola sepak kebangsaan ketika ini dalam mengharungi baki dua aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Beliau mengakui ada berhubung dengan beberapa jurulatih kelab tempatan dan berbincang mengenai pelepasan pemain ke kem latihan pusat yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 26 Januari depan.

-----

KAFA lega penyokong boleh kembali ke stadium

Foto - Persatuan Bola Sepak Kelantan

Persatuan Bola Sepak Kelantan lega dengan keputusan kerajaan membenarkan penyokong kembali ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Malaysia, musim depan.

Menurut KAFA, selain pendapatan melalui penajaan, hasil jualan tiket juga merupakan satu lagi sumber penting yang membantu meringankan beban kewangan pasukan.

Malah, kehadiran semula penyokong bakal menjadi pembakar semangat kepada skuad The Red Warriors yang berhasrat mencabar kejuaraan Liga Premier bagi mencuri tempat ke Liga Super pada 2022.


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm

Sabtu - Ahad

8am, 10am, 12 pm

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50