Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
berita sukan

Berita Terkini

← Back to list

4 panduan wajib pasukan Liga M

Jun 11, 2020


4 panduan wajib pasukan Liga M

Foto - Malaysia Football League

Kesemua pasukan Liga Super dan Liga Premier diwajibkan mematuhi empat perkara penting dalam pematuhan prosedur standard operasi (SOP) apabila  memulakan sesi latihan Isnin depan.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berkata, dua perkara utama ialah setiap pasukan perlu serahkan ujian swab dengan pengesahan doktor pasukan kepada MFL selain melantik seorang pegawai penyelaras untuk memantau pematuhan SOP di peringkat pasukan.

Dua lagi ialah mendaftarkan pusat latihan yang diadakan di kawasan tertutup dan venue latihan melalui pautan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) notification.miti.gov.my.

-----

TFC akur arahan MFL

Foto - Terengganu Football Club

Pengurus pasukan Terengganu FC, Ahmad Shahrizal Yahya mengakui pemain sudah tidak sabar mahu kembali beraksi di padang seperti biasa selepas lebih 3 bulan berlatih di rumah.

Namun pihaknya akui perlu menunggu arahan rasmi daripada MFL berkaitan SOP lengkap bagi aktiviti latihan yang terhenti akibat penularan pandemik COVID-19 sejak 16 Mac lepas.

Jurulatih TFC, Nafuzi Zain pula berkata, semua anak buahnya masih meneruskan rutin latihan di kediaman masing-masing sehingga mendapat kebenaran rasmi daripada MFL.

-----

Situasi KAFA kian meruncing

Foto - Persatuan Bola Sepak Kelantan

FA Kelantan terima satu lagi surat daripada FIFA yang mengarahkannya melunaskan tunggakan gaji seorang lagi bekas pemain importnya, Alaeddine Bouslimi.

Perkembangan terbaru itu menyaksikan situasi KAFA semakin meruncing apabila menanggung keseluruhan hutang pemain import dan tempatan mencecah RM5 juta.

KAFA dijangka akan berterusan mendapat surat daripada FIFA berhubung tuntutan hutang bekas pemain import dan mungkin ada lapan lagi kes tuntutan termasuk bekas jurulatih.


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm

Sabtu - Ahad

8am, 10am, 12 pm

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50