
SUKAN| Rekod Tanpa Kalah Arsenal Dalam Saingan EPL Lebur Di Tangan Brighton
Arsenal alami kekalahan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila tewas mengejut 0-3 kepada Brighton.
Brighton mendahului perlawanan dengan 2 gol pada separuh masa pertama sebelum gol ketiga dijaringkan Chema Andres pada awal babak kedua.
Keputusan itu menyaksikan Brighton naik ke tangga ketiga liga.
Manakala Arsenal duduki tangga kedua berkongsi mata dengan pendahulu, Manchester City namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan.