Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Lebih 52,000 Jualan Tiket Direkodkan Bagi MotoGP Malaysia 2026

 

SUKAN| Lebih 52,000 Jualan Tiket Direkodkan Bagi MotoGP Malaysia 2026

Lebih 52,000 jualan tiket direkodkan bagi penganjuran MotoGP Malaysia 2026 yang berakhir semalam. 

CEO Litar Antarabangsa Sepang berkata ia merupakan pencapaian tertinggi sejak pandemik COVID-19, dengan jumlah kehadiran penonton keseluruhan cecah kira-kira 196,000 orang. 

Jelas beliau, jumlah kehadiran penonton itu juga hampir capai sasaran 200,000 yang ditetapkan pihak penganjur. 

Dalam perkembangan lain, kajian kebolehlaksanaan untuk bawa kembali perlumbaan F1 ke Malaysia dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri, hujung bulan ini. 

Menurut CEO Litar Antarabangsa Sepang, ia antaranya akan meneliti beberapa aspek utama termasuk kos penganjuran dan kesiapsiagaan litar sebelum keputusan dibuat oleh kerajaan. 

Pihaknya juga akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak F1 bagi meneliti peluang serta bentuk kerjasama lain yang boleh dilaksanakan dalam masa terdekat. 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik