Kementerian Belia dan Sukan lancar logo, maskot dan tema rasmi Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Tahun 2027.
Maskot rasmi yang dikenali sebagai Tuah dipilih bagi mencerminkan semangat kebersamaan serta aspirasi Malaysia dalam menyatukan negara-negara ASEAN menerusi platform sukan.
Dalam pada itu, tema “Raikan Perpaduan'' diumumkan sebagai tunjang identiti temasya berkenaan.
Malaysia dijadual menjadi tuan rumah Sukan SEA Ke-34 pada September 2027, manakala Sukan Para ASEAN Ke-14 akan berlangsung Oktober tahun depan.