Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Jumlah Pasukan Sertai Festival Bola Sepak Mungkin Ditambah

 

SUKAN| Jumlah Pasukan Sertai Festival Bola Sepak Mungkin Ditambah

Jumlah pasukan yang akan bertanding pada festival bola sepak akan datang mungkin boleh cecah hingga 64.

Ini selepas badan bola sepak antrabangsa sedia teliti kemungkinan menambah lagi 16 pasukan yang akan bertanding pada Festival Bola Sepak 2030.

Kejohanan bola sepak berprestij itu menggunakan format 32 pasukan dari 1998 hingga 2022 sebelum diperluaskan kepada 48 pasukan pada edisi tahun ini.

Sementara itu, festival bola sepak 2026 terus cipta sejarah apabila jumlah kehadiran penonton setakat ini telah mengatasi gabungan 2 edisi terdahulu di Russia dan Qatar.

Ia dicapai walaupun kejohanan itu masih berbaki 4 perlawanan termasuk saingan separuh akhir antara Perancis dengan Sepanyol dan England bertemu Argentina.

SINAR Muzik Retro Terbaik