
SUKAN| Datuk Ab Ghani Hassan Dipilih Sebagai Presiden Baru FAM
Datuk Ab Ghani Hassan dipilih sebagai presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM dan akan menerajui badan induk itu bagi baki penggal 2025-2029.
Ini selepas beliau memperoleh 20 undi daripada kesuluruhan 25 perwakilan dalam Kongres Luar Biasa Kedua FAM, tewaskan pencabar tunggal iaitu Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Datuk Ab Ghani dalam pada itu akui duduki kerusi tertinggi FAM merupakan cabaran yang amat tinggi.