Sepanyol menempah tiket ke final Festival Bola Sepak 2026!
Ini selepas anak buah Luis de la Fuente itu tundukkan pilihan utama kejohanan, Perancis 2-0 pada aksi separuh akhir, awal pagi tadi.
Mikel Oyarzabal jaringkan gol menerusi sepakan penalti sebelum Pedro Porro hadiahkan gol kemenangan sekali gus mencerahkan peluang pasukan buru gelaran dunia buat kali kedua.
Juara dunia 2010 itu seterusnya akan berdepan sama ada Argentina atau England pada final, awal pagi Isnin ini.