
SUKAN| FAM Puas Hati Prestasi Skuad B-15 Negara
Presiden FAM berpuas hati dengan prestasi semasa skuad bola sepak Bawah 15 tahun negara pada Festival dan Kejohanan Bola Sepak anjuran badan bola sepak dunia di Azerbaijan.
Dato’ Ab Ghani Hassan berkata ia susulan kejayaan skuad kendalian P.Maniam itu yang muncul naib juara kumpulan H, di belakang pendahulu, Mexico.
Keputusan itu sekaligus melayakkan skuad negara mara ke pusingan 32 terbaik bagi tahap kedua tertinggi, Tier B menentang naib juara Kumpulan A, Afrika Selatan, esok.
Tambah beliau, lebih membanggakan, Malaysia muncul sebagai satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang berjaya melangkah ke peringkat Tier B.