Skip to main content

Advertisement

SUKAN| City terus kejar Arsenal!

Manchester City teruskan misi merebut gelaran juara EPL musim ini!

 

Ini selepas skuad kendalian Pep Guardiola itu benam Crystal Palace 3-0 pada aksi awal pagi tadi.

 

Gol dijaringkan oleh Antoine Semenyo dan Omar Marmoush sebelum Savinho sumbang gol kemenangan bagi memastikan tiga mata penuh menjadi milik pasukan.

 

Ia menyaksikan City berjaya rapatkan jurang dengan pendahulu, Arsenal kepada hanya dua mata, dengan baki dua perlawanan.

__

 

Michael Carrick semakin hampir dilantik sebagai pengendali tetap Manchester United selepas berjaya meningkatkan prestasi pasukan sejak ambil alih tugas, Januari lalu.

 

Bekas pemain tengah England itu dilantik selaku pengurus sementara hingga hujung musim susulan penamatan kontrak Ruben Amorim selepas kempen hambar bersama The Red Devils. 

__

 

Dan, Selangor sahkan slot ke final Kejuaraan Kelab ASEAN!

 

Ini selepas skuad bimbingan Kim Pan Gon itu tewaskan Nam Dinh FC 2-0 pada aksi timbal balik separuh akhir malam tadi sekali gus mara dengan agregat 4-1.

 

Chrigor Moraes cipta sensasi apabila jaringkan dua gol untuk bantu pasukan catat kemenangan. 

 

Skuad The Red Giants akan bertemu juara bertahan Buriram United pada aksi final minggu depan yang mara selepas tundukkan JDT dengan agregat 4-3.

SINAR Muzik Retro Terbaik