
SUKAN| Bergson Da Silva Alami Kecederaan Ketika JDT Benam Port FC 3-0
Barisan kejurulatihan JDT masih tunggu laporan rasmi pasukan perubatan mengenai tahap kecederaan yang dialami Bergson Da Silva.
Ini selepas penyerang itu terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan pada penghujung permainan ketika JDT benam Port FC 3-0 pada aksi ACL Elite, semalam.
Pengendali skuad Harimau Selatan, Xisco Munoz berharap kecederaan Bergson itu tidak serius, mengambil kira situasi pasukan yang bakal harungi beberapa perlawanan penting selepas ini.