Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Arne Slot optimis kekal di Anfield!

Arne Slot optimis kedudukannya di Anfield biarpun Liverpool dibelenggu prestasi kurang memuaskan musim ini.

 

Pengendali The Reds itu menegaskan dia kini sedang giat merangka perancangan skuad bagi musim depan sekali gus menepis spekulasi mengenai masa depannya.

 

Liverpool kini menghuni tangga keempat liga dan ketinggalan 20 mata di belakang pendahulu liga, Arsenal.

__

 

Michael Carrick tersenarai dalam enam calon akhir anugerah Pengurus Terbaik EPL selepas berjaya meningkatkan prestasi Manchester United sejak ambil alih tugas, Januari lalu.

 

Turut tercalon ialah pengendali Manchester City, Pep Guardiola dan Mikel Arteta yang membimbing Arsenal.

 

Sementara itu, Carlo Ancelotti sah melanjutkan kontraknya selaku pengendali Brazil sehingga Piala Dunia 2030.

__

 

Dan, Terengganu idam untuk menamatkan saingan Liga Super dengan kemenangan biarpun beraksi di tempat lawan berdepan Sabah, malam ini.

 

Tonggak pertahanan TFC, Muhammad Alif Zakaria akui skuad Penyu berdepan laluan getir dalam misi pertahankan kedudukan kelima liga.

 

Bagaimanapun katanya, mereka sedia sepenuhnya bagi menyempurnakan misi berkenaan.

 

Ikuti aksi Terengganu-Sabah secara langsung bermula 7 malam ini di Astro Arena Bola, saluran 803 dan aplikasi Sooka!

SINAR Muzik Retro Terbaik