Kuching City terus kempunan untuk catat kemenangan pertama pada saingan ACL2 apabila tewas 0-1 kepada kelab Korea Selatan, Gangwon pada aksi ketiga kumpulan.
Ia sekali gus menyaksikan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak menghuni tangga tercorot kumpulan dengan hanya satu mata daripada tiga perlawanan.
Mereka seterusnya akan melayan kunjungan Gangwon di laman sendiri bagi aksi keempat minggu depan.