Sedia untuk merasai debaran adrenalin di litar rali dunia? SINAR ingin belanja anda sekeluarga tiket eksklusif ke tayangan filem sukan permotoran paling dinantikan tahun ini, TERBANG. Diarahkan oleh sutradara tersohor Chiu Keng Guan (OlaBola, The Journey), filem TERBANG diinspirasikan daripada kisah benar dan perjalanan luar biasa legenda rali kebanggaan negara, Karamjit Singh (diberi gelaran The Flying Sikh).
Naskhah ini membawa penonton menyelami ranjau, pengorbanan, dan kecekalan Karamjit mencabar batas kemampuannya bersama pasukan sokongan tempatan. Berbekalkan jentera, keberanian, dan semangat kental anak Malaysia, dia bangkit menentang segala rintangan demi menggegarkan pentas kejohanan rali antarabangsa serta mengharumkan nama negara di mata dunia. Barisan pelakon hebat seperti Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, dan Namron turut menghidupkan karya penuh inspirasi dan aksi ini.
SINAR nak bagi anda tiket percuma menonton filem ini pada:-
Masa: 16 September 2026
Tempat: TGV Sunway Pyramid
Masa: 5.20pm.
Caranya jawab 1 soalan mudah dan lengkapkan slogan kreatif di bawah ini.