SINAR bawakan anda pengalaman hiburan yang lain daripada yang lain! Kali ini, kami tampil dengan peluang eksklusif untuk menyaksikan Rainforest Music Festival 2026 khas buat anda yang sukakan hiburan penuh energi! Bersedia untuk malam penuh gelak tawa, muzik dan momen yang memang havoc!
Rainforest World Music Festival (RWMF) 2026 bakal kembali menggegarkan Sarawak Cultural Village dari 26 hingga 28 Jun 2026, menghimpunkan penggiat muzik dan budaya dari seluruh dunia dalam suasana unik di kaki Gunung Santubong. Festival bertaraf antarabangsa ini terkenal dengan gabungan persembahan muzik dunia, seni budaya, bengkel interaktif serta pengalaman yang mendekatkan pengunjung dengan keindahan alam semula jadi Sarawak.
Antara tarikan utama tahun ini ialah penampilan legenda muzik tanah air, M. Nasir, selain kumpulan antarabangsa seperti The Commodores dan Incognito. Dengan pelbagai persembahan yang merangkumi genre tradisional, fusion, folk dan kontemporari, RWMF 2026 menjanjikan pengalaman muzik yang luar biasa buat peminat dari dalam dan luar negara.
Jangan lepaskan peluang, sertai peraduan ini sekarang untuk menangi sepasang tiket ke festival ini! Mana tahu, anda dan insan tersayang antara yang bertuah untuk jadi sebahagian daripada malam penuh gempak ini! 🎟️✨
Lokasi: Sarawak Cultural Village
Tarikh: 26 hingga 28 Jun 2026
