SINAR bawakan anda pengalaman hiburan yang lain daripada yang lain! Kali ini, kami tampil dengan peluang eksklusif untuk menyaksikan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming khas buat anda yang sukakan hiburan yang menggamit memori! Bersedia untuk malam penuh dengan momen yang memang havoc! 🎤🔥
Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru merupakan konsert istimewa yang membawa Ratu Rock Malaysia, Ella, kembali ke negeri kelahirannya, Pulau Pinang. Bakal berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada 22 Ogos 2026, konsert ini diadakan bersempena ulang tahun Ella yang ke-60 dan menjadi detik cukup bermakna dalam perjalanan kariernya yang hampir empat dekad. Ella juga bakal mencipta sejarah sebagai artis pertama yang mengadakan konsert solo di stadium tersebut.
Lebih daripada sekadar persembahan muzik, Homecoming Edisi 60 Permata Biru menjadi simbol kepulangan Ella ke tempat asal serta penghargaan kepada peminat yang terus menyokongnya sejak awal pembabitan dalam industri. Konsert ini turut membawa kempen Peace. Love. Rindu., dengan sebahagian hasil tiket disalurkan kepada badan kebajikan terpilih, menjadikan malam tersebut bukan sahaja penuh nostalgia dan rock 'n' roll, tetapi turut sarat dengan mesej kemanusiaan.
Lokasi: Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 8:30pm
