Skip to main content

Advertisement

Submitted by ifara_wahid@as… on
SINAR | Peraduan SINAR : Konsert Biru Mata Hitamku

SINAR bawakan anda pengalaman hiburan yang lain daripada yang lain! Kali ini, kami tampil dengan peluang eksklusif untuk menyaksikan Konsert Biru Mata Hitamku khas buat anda yang sukakan hiburan yang menggamit memori! Bersedia untuk malam penuh dengan momen yang memang havoc! 🎤🔥

Konsert Biru Mata Hitamku, 30 Tahun Anniversary bakal membawa peminat kembali mengimbau nostalgia kegemilangan rock tempatan apabila empat figura yang sinonim dengan album ikonik Biru Mata Hitamku, Muss, JoBranko, Eddie dan Black kembali bergabung di atas satu pentas. Konsert istimewa ini akan berlangsung pada 5 September 2026 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, sempena ulang tahun ke-30 album tersebut yang diterbitkan pada 1996. 

Selama lebih dua jam, peminat bakal disajikan dengan persembahan rock yang padat tanpa artis jemputan, medley atau muzik ulangan, termasuk lagu-lagu ikonik seperti “Biru Mata Hitamku”, “Gegar Gunung Gemora”, “Jalan-Jalan” dan “Kata-Kata”. Lebih daripada sekadar konsert, acara ini menjadi peluang untuk menghidupkan kembali kenangan era rock 90-an dan meraikan legasi sebuah album yang terus dekat di hati peminat muzik tanah air. 

Jangan lepaskan peluang, sertai peraduan ini sekarang untuk menangi sepasang tiket ke konsert ini! Mana tahu, anda dan insan tersayang antara yang bertuah untuk jadi sebahagian daripada malam penuh gempak ini! 🎟️✨

Lokasi: Mega Star Arena, KL
Tarikh: 5 September 2026 (Sabtu)
Masa: 8:30pm





 

 

 

 

Solve this simple math problem and enter the result. E.g. for 1+3, enter 4.

Advertisement

SINAR Muzik Retro Terbaik