SINAR bawakan anda pengalaman hiburan yang lain daripada yang lain! Kali ini, kami tampil dengan peluang eksklusif untuk menyaksikan EXISTS Memento Mori khas buat anda yang sukakan hiburan yang menggamit memori! Bersedia untuk malam penuh dengan momen yang memang havoc! 🎤🔥
EXISTS Memento Mori merupakan konsert istimewa yang menandakan kemunculan semula kumpulan rock legenda Exists menerusi sebuah persembahan berskala besar yang menggabungkan elemen nostalgia, emosi dan kematangan muzik mereka. Mengangkat tema Memento Mori yang membawa maksud "ingatlah bahawa kita akan mati", konsert ini mengajak penonton menghargai setiap detik kehidupan sambil mengimbau perjalanan Exists yang telah mewarnai industri muzik Malaysia selama lebih tiga dekad.
Jangan lepaskan peluang, sertai peraduan ini sekarang untuk menangi sepasang tiket ke konsert ini! Mana tahu, anda dan insan tersayang antara yang bertuah untuk jadi sebahagian daripada malam penuh gempak ini! 🎟️✨
Lokasi: Unifi Arena, Bukit Jalil
Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 8:30pm
