Skip to main content

Advertisement

Submitted by ifara_wahid@as… on
SINAR | Peraduan SINAR : Awie Rock King Last Man Standing

SINAR bawakan anda pengalaman hiburan yang lain daripada yang lain! Kali ini, kami tampil dengan peluang eksklusif untuk menyaksikan Konsert Awie Rock King – Last Man Standing khas buat anda yang sukakan hiburan yang menggamit memori! Bersedia untuk malam penuh dengan momen yang memang havoc! 🎤🔥

Awie Rock King – Last Man Standing ialah konsert solo terbesar dalam kerjaya Datuk Awie yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 September 2026. Tajuk "Last Man Standing" membawa simbolik mendalam terhadap keteguhan Awie menempuhi jatuh bangun, perubahan zaman, dan cabaran industri muzik sepanjang lebih 40 tahun bergelar anak seni. Sementara itu, gelaran "Rock King" diangkat sebagai penghormatan terhadap pengaruh besarnya dalam memperkenalkan satu era baharu kepada muzik rock tempatan.

Konsert anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate Media ini bukan sekadar persembahan hiburan, malah menjadi refleksi perjalanan seni Awie yang turut menampilkan puluhan pemuzik berkaliber dan barisan penyanyi jemputan popular tanah air. Setiap artis jemputan akan mempersembahkan karya-karya ikonik Awie sebagai tribute terhadap legasi seninya. Awie sendiri telah "berkurung" di studio selama tiga bulan untuk latihan vokal dan stamina bagi memastikan persembahan terbaik, walaupun faktor kesihatan dan cuaca kekal sebagai kebimbangan utamanya menjelang konsert bersejarah ini.

Jangan lepaskan peluang, sertai peraduan ini sekarang untuk menangi sepasang tiket ke konsert ini! Mana tahu, anda dan insan tersayang antara yang bertuah untuk jadi sebahagian daripada malam penuh gempak ini! 🎟️✨

Lokasi: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Tarikh: 12 September 2026 (Sabtu)
Masa: 8:30pm





 

 

 

 

Solve this simple math problem and enter the result. E.g. for 1+3, enter 4.

Advertisement

SINAR Muzik Retro Terbaik