Godzilla Minus Zero merupakan filem terbaharu dalam francais Godzilla yang meneruskan kisah selepas kejadian dahsyat dalam Godzilla Minus One. Jepun yang pernah musnah akibat serangan raksasa gergasi itu kini berdepan ancaman baharu yang berpotensi membawa kemusnahan lebih besar.
Kehadiran semula Godzilla mencetuskan ketakutan apabila manusia sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kuasa luar biasa yang sukar ditewaskan. Dalam usaha mempertahankan negara, keberanian, pengorbanan dan semangat perpaduan menjadi taruhan untuk memastikan manusia mampu meneruskan kehidupan.
Berlatarbelakangkan tahun 1949, kisah ini turut mengikuti kehidupan Koichi Shikishima dan keluarganya yang cuba membina masa depan lebih baik selepas melalui tragedi lalu. Namun, apabila ancaman baharu muncul dan Godzilla didapati masih belum benar-benar musnah, mereka sekali lagi berdepan perjuangan antara hidup dan mati. Mampukah manusia menghentikan kemusnahan ini buat selama-lamanya, atau Jepun bakal kehilangan segala-galanya?
SINAR nak belanja anda menonton filem Godzilla Minus Zero. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal menyaksikan filem seram yang dinanti-nantikan ini di pawagam pada:
Tarikh: 4 November 2026
Masa: 8:30pm
Tempat: GSC Mid Valley Megamall
Caranya jawab 1 soalan mudah dan lengkapkan slogan kreatif di bawah ini.