Dune: Part Three meneruskan perjalanan Paul Atreides selepas berjaya menguasai takhta empayar dan menjadi pemimpin kaum Fremen. Namun, kemenangan itu hadir dengan harga yang mahal apabila peperangan atas namanya mencetuskan kemusnahan di seluruh galaksi. Paul kini berdepan konflik politik, pengkhianatan dan beban sebagai seorang pemimpin yang mampu melihat masa hadapan.
Di sebalik kekuasaan yang dimilikinya, Paul turut bergelut dengan hubungan bersama Chani serta takdir yang semakin sukar dielakkan. Diadaptasi daripada novel Dune Messiah karya Frank Herbert, filem arahan Denis Villeneuve ini meneroka sisi gelap kekuasaan, pengorbanan dan akibat apabila seseorang diangkat sebagai penyelamat manusia.
SINAR nak belanja anda menonton filem Dune: Part Three. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal menyaksikan filem seram yang dinanti-nantikan ini di pawagam pada:
Tarikh: 14 Disember
Masa: 8:15pm
Tempat: TGV Sunway Pyramid
Caranya jawab 1 soalan mudah dan lengkapkan slogan kreatif di bawah ini.