Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Nak Dapatkan Perkhidmatan Ar-Rahnu? 7 Perkara Ini Anda Kena Tahu Terlebih Dahulu

Anda tengah cari sumber pembiayaan tunai?
MOHD. YATIM, Nurul Izza
12 Jul 2021, 06:00 AM

nak dapatkan perkhidmatan ar-rahnu? 7 perkara ini anda kena tahu terlebih dahulu

Kredit: Michael Steinberg/Pexels

Ramai yang menjadikan emas sebagai pelaburan kerana harganya yang kompetitif. Selain dipakai sehari-hari atau disimpan sendiri, emas boleh dicagarkan ke Ar-Rahnu untuk mendapatkan wang tunai segera. Ada banyak bank yang menawarkan pembiayaan ini. Salah satu daripadanya ialah Co-op Bank Pertama (CBP) yang menawarkan pembiayaan Ar-Rahnu.

Apa itu Ar-Rahnu?

Produk pembiayaan yang membenarkan barang kemas dijadikan sebagai cagaran dengan jumlah pembiayaan bergantung kepada peratusan yang ditentukan oleh CBP serta jenis barang kemas yang dicagarkan.

Paling menarik, ianya patuh Syariah. Barang gadaian yang boleh diterima pula ialah barang kemas emas dari mutu 999, 950, 916, 875, 835 dan 750.

Untuk anda yang berminat dengan pembiayaan Ar-Rahnu, ini antara maklumat berkenaan pembiayaan ini:

Apa konsep Syariah yang digunapakai?

Konsep Syariah yang digunapakai ialah kombinasi konsep Rahn (bagi tujuan gadaian) dan Tawarruq (bagi tujuan pembiayaan dan pengambilan keuntungan). Akad tawarruq ialah akad transaksi jual beli komoditi atau aset berasaskan pembayaran Tangguh secara Murabahah iaitu harga kos aset ditambah dengan margin keuntungan daripada penjual kepada pembeli dan kemudiannya komoditi atau aset tersebut akan dijual secara tunai kepada pihak ketiga bagi mendapatkan tunai.

Apa kelebihan Ar-Rahnu?

Pembiayaan berlandaskan Syariah dengan kadar keuntungan adalah tetap sehingga tempoh matang. Paling penting barang gadaian anda terjamin keselamatannya.

nak dapatkan perkhidmatan ar-rahnu? 7 perkara ini anda kena tahu terlebih dahulu

Kredit: CBP

Berapa banyak jumlah pembiayaan diperolehi?

Jumlah pembiayaan sehingga 75% daripada nilai barangan gadaian. Jumlah had pembiayaan harian sebanyak RM50,000 dan had pembiayaan terkumpul sehingga RM350,000 bagi setiap pelanggan. Sekiranya membuat penebusan awal, pelanggan layak mendapat Ibra’ wajib daripada harga jualan.

Berapa lama tempoh gadaian?

Tempoh gadaian adalah selama enam bulan dan terhad kepada 12 bulan dalam satu surat gadaian.

Adakah anda layak mendapatkan pembiayaan?

Ya, semua anggota CBP dan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tidak muflis, berakal dan tidak berada dalam ketagihan dadah layak mendapatkan pembiayaan Ar- Rahnu CBP.

Apa perbezaan gadaian berasaskan Syariah Ar-Rahnu dengan konvensional?

Ada tujuh perbezaan nyata antara kedua-dua konsep gadaian iaitu:

Pajak Gadai Ar-Rahnu

  • Kadar keuntungan rendah.
  • Telus & mesra pelanggan.
  • Pentaksiran barang gadaian dilaksanakan di depan pelanggan.
  • Penghantaran notis kepada pelanggan bagi gadaian tamat tempoh/tidak dituntut.
  • Wang lebihan lelongan (jika ada) dikembalikan semula kepada pelanggan.
  • Tempat simpanan selamat dan barang gadaian dilindungi takaful.
  • Tempoh bayaran balik felksibel dan bertolak ansur.

Pajak Gadai Konvensional

  • Riba/kaedah faedah tinggi sehingga 24% setahun.
  • Tidak telus.
  • Cara-cara penilaian barang gadaian tidak didedahkan.
  • Notis tidak dihantar kepada pelanggan.
  • Wang lebihan jualan barang gadaian tidak dikembalikan semula kepada pelanggan.
  • Tahap keselamatan tempat simpanan meragukan.
  • Tempoh bayaran balik yang pendek dan statik.

Ha, anda yang ingin dapatkan pembiayaan tu, bolehlah segera ke mana-mana 28 cawangan/ outlet Ar-Rahnu CBP di seluruh negara. Sebab, Ar Rahnu CBP sedang mengadakan ‘Kempen Ar- Rahnu? CBP Kan Ada’ bermula dari 01 Februari lalu, sehingga 31 Julai 2021.

 

Melalui kempen ini, mana-mana pelanggan yang mempunyai jumlah pembiayaan minimum RM5,000 dan ke atas berpeluang memenangi hadiah bulanan berupa kepingan emas CBP seberat 5gram. Menarik, kan?

Apa tunggu lagi? Layari laman web CBP hari ini atau hubungi talian 1-300-88-7650 serta emel di info@cbp.com.my untuk info lanjut!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.