Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Ini Yang Anda Perlukan Untuk Parti Karaoke Di Rumah

Bolehlah menyanyi sampai pagi.
Izza Yatim
17 Jun 2021, 06:00 AM

ini yang anda perlukan untuk parti karaoke di rumah

Kredit: jcomp/freepik

Musim pandemik ni tentunya ramai yang tertekan sebab banyak aktiviti kegemaran terpaksa disekat buat seketika. Atau paling tidak pun, kena dilakukan dengan cara norma baharu. Selain aktiviti percutian, window shopping dan lepak mamak, kaki karaoke tentunya terkesan sebab aktiviti karaoke tak boleh dilakukan seperti dahulu.

Iyalah, kalau dulu boleh tempah bilik karaoke ikut bilangan orang. Lebih ramai orang, lebih besar bilik dan tentunya lebih seronok. Parti hari jadi dan meraikan kejayaan pun boleh dilakukan di pusat karaoke.

Bila kali terakhir anda ‘asah suara’ di pusat karaoke? Buat anda yang dah rindu nak ‘tarik’ tu, kami ada berita baik! Kini anda boleh berkaraoke bila-bila masa sahaja dan di mana jua. Anda cuma perlukan Popsical Remix, sebuah sistem karaoke rumah yang bersaiz kecil dan moden.

Apa yang menariknya dengan Popsical Remix ni?

#1 Ada lebih daripada 230,000 buah lagu dalam 14 bahasa yang anda boleh pilih dan akan ada lebih banyak lagu yang akan ditambah setiap hari. Semua genre pun ada; pop, rock, balada dan irama Malaysia.

#2 Dilengkapi dengan efek vocal dan pitch corrector yang menarik. Anda tak perlu risau kalau-kalau ‘pitching ke laut dalam’ atau suara menjadi sumbang. Hanya nyanyi dan bergembiralah sampai pagi. Suara nyanyian anda kedengaran seperti suara penyanyi profesional!

#3 Saiz peranti penstrimannya hanya sebesar tapak tangan dengan berat kurang 1kg dan dilengkapi dengan dua mikrofon tanpa wayar. Mudah untuk anda nak bawa alat ini ke mana-mana.

#4 Bukan sahaja lagu terkini, tetapi anda boleh memilih lagu klasik yang malar segar untuk dinyanyikan. Tak perlu risau lagi dengan pilihan lagu, hampir semua lagu ada!

#5 Set karaoke ni pun ada penstoran awan dengan ribuan muzik video penyanyi asal dan nyanyian semula. Bolehlah anda tambah sendiri lagu-lagu pilihan hati dalam penstoran.

ini yang anda perlukan untuk parti karaoke di rumah

#6 Selalunya hanya beberapa orang pengguna je boleh kawal set karaoke, tu pun pada waktu berbeza. Tetapi Popsical Remix ni boleh dikawal oleh beberapa orang secara serentak.

#7 Paling penting, set karaoke ini sangat mudah untuk diset up, hanya sambungkan ke TV melalui HDMI dan ke pembesar suara atau soundbar luaran dengan input AUX atau RCA.  

ini yang anda perlukan untuk parti karaoke di rumah

Menarik, kan? Bolehlah anda mengubat duka dah lama tak dapat berjumpa keluarga dan teman baik! Jom dapatkan Popsical Remix sekarang dan rebut promosi istimewa! Layari laman web rasmi Popsical Malaysia atau ke kedai jualan di Mid Valley Megamall, dan gunakan kod promo POPSICALXASTRO21. Tak okey? Ada popsical barulah kara-okey!

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.