Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Panas Tapi Nak Bergaya? 7 Perkara ‘Gila’ Yang Anda Boleh Buat Untuk Kekal Cool

Baju raya dah cantik tetapi lencun dek peluh yang memercik.
08 Jun 2018, 03:20 PM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Sepanjang hari beraya mungkin ramai yang kepanasan dalam pakaian masing-masing. Nak tukar baju biasa nanti tak dapat pulak tunjuk baju raya pada kawan-kawan, kan? Anda boleh cuba tip-tip ini untuk kekal cool sepanjang hari.

#1 Kunyah Ais

Kunyah ais? Tip ni memang nampak macam budak-budak tapi berkesan untuk menyejukkan badan. Cuma, jangan kunyah kuat sangat sampai satu rumah pandang anda.

#2 Bawa Kipas Tangan Ke Mana-Mana

Selain menyejukkan, kipas ni boleh juga dijadikan prop semasa bergambar.

#3 Cari Aircond

Masuk je rumah tetamu, jangan cari kerusi dulu tapi tengok ke mana hala aircond. Lepas tu barulah cari tempat duduk. Barulah sejuk badan dan hati, bolehlah bersembang sepanjang hari. 

#4 Tumpang Mandi, Boleh?

Mungkin ini tip paling ‘gila’. Tak ramai orang sanggup lakukan. Tetapi kalau anda tak kisah, bolehlah cuba nanti. Jangan la pula buat di rumah orang tak kenal, cukuplah setakat di rumah saudara mara je.

#5 Raya Tanpa Baju Raya

Anda mampu? Beli mahal-mahal tapi tak pakai. Ini pun gila namanya, tambah-tambah untuk wanita. Tapi memang tak boleh dinafikan beraya pakai t-shirt biasa akan buat anda nampak smart dan elegan juga sebenarnya.

#6 Payung Sebagai Peneman

Kalau bawa kipas tangan tak cukup rare, anda boleh usung payung daripada pagi sampai ke malam. Walaupun tak digunakan dalam rumah, payung ni sangat membantu ketika berjalan dalam terik matahari cuaca panas Malaysia.

#7 Beraya Waktu Malam Je

Siang melayan tetamu rumah sendiri, malam baru anda keluar ke rumah kawan-kawan. Cuaca tak panas, orang pun dah tak ramai. Tapi berpada-pada lah juga, janganlah sampai jam 12 tengah malam baru nak ketuk pintu rumah kawan!

panas tapi nak bergaya? 7 perkara ‘gila’ yang anda boleh buat untuk kekal cool

panas tapi nak bergaya? 7 perkara ‘gila’ yang anda boleh buat untuk kekal cool

Satu lagi tip untuk sentiasa cool di dalam rumah adalah dengan membeli penyaman udara Daikin yang menggunakan teknologi Innovaire R32. Antara kelebihannya adalah mempunyai kuasa penjimatan tenaga yang tinggi untuk mengawal suhu dengan lebih tepat dan operasi lebih senyap.

Selain itu, pembelian penyaman udara Daikin Innovaire ini juga berbaloi kerana ada proses penyejukan yang lebih pantas sebanyak 35% berbanding interver konvensional. Penyaman udara ini juga mempunyai penyejuk mesra alam yang dilengkapi ciri-ciri penipisan ozon sifar dan dapat merendahkan potesi pemanasan global serta ⅓ kali lebih selamat daripada penyejuk R410A dalam pengukuran potensi pemanasan global.

Saksikan Raya Video yang disembangkan oleh Daikin di sini untuk mengetahui bagaimana kekal cool semasa datang ke rumah terbuka

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.