Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Urusan Harian Ibubapa Menjadi Mudah Dengan 5 Tip Ini

Barulah ibu ayah kurang marah-marah, anak-anak pun ceria je.
25 Jun 2019, 05:26 AM

urusan harian ibubapa semakin mudah dengan 5 tip ini

Kredit: Pexels

Perasan tak sesetengah orang boleh melakukan banyak kerja walaupun sibuk menjaga anak-anak dan menguruskan rumahtangga? Lagi kagum mereka ni tiada pembantu, serba sendiri dilakukan sendiri.

Paling mencabar tentunya jika anda mempunyai anak-anak kecil berusia 7 tahun ke bawah. Belum pun 5 minit kemas mainan dah ‘selamat’ disepahkan. Lantai yang baru dimop pun comot dengan makanan dan minuman tumpah. Itu belum masuk bab kain baju yang dah berlipat dipunggah kembali.

Untuk surirumah terutamanya yang sedang stress, kami kongsikan tip ini untuk memudahkan urusan harian anda.

#1 Tetapkan Rutin

Waktu tidur, waktu bangun, waktu makan pagi, waktu susu, makan tengah hari dan waktu tidur petang.

Pada peringkat awal agak susah tetapi jika anda berjaya lakukannya sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut, anak-anak akan automatik tahu dan akan ikut rutin ini. Cuma, kenalah konsisten. Dengan cara ni, mudahlah untuk anda merancang jadual mengurus rumahtangga.

#2 Shopping Online

Bukan mudah nak bawa anak membeli barangan keperluan, kanak-kanak memang tidak duduk diam. Menangis inginkan keropok, coklat, mainan dan gula-gula dan paling risau mereka hilang daripada pandangan.

Bukankah mudah kalau anda boleh lakukan urusan membeli belah secara online. Anda boleh dapatkan lampin dan susu, harganya sama atau jika bernasib baik anda dapat harga lebih murah.

Nak beli barangan elektrik, barangan kelengkapan rumah, produk penjagaan kulit, produk kecantikan atau pakaian? Semua pun di hujung jari. Sambil masak pun boleh beli.

#3 Ruang Simpanan Mencukupi

Asingkan mainan mengikut jenis-jenis dan simpan di dalam bekas simpanan bertutup. Dengan cara ini anda tidak perlu keluarkan kesemua mainan serentak, keluarkan hanya satu kotak pada satu-satu masa.

Anda juga boleh simpan baju anak-anak di dalam kotak simpanan bertutup, sejurus selepas lipat cepat-cepat masukkan ke dalam kotak supaya anak-anak tidak punggah kembali baju.

 

#4 Stok Makanan

Setiap kali ada waktu terluang, sediakan bahan untuk memasak seperti bawang yang telah dikupas, asingkan dalam bekas kecil dan simpan di dalam peti sejuk. Dengan cara ini, kerja memasak akan bertambah mudah dan menjimatkan masa. 

Tip: Tidak tahu nak buat apa dengan sayur yang hampir layu? Anda boleh rebus sayur-sayur yang hampir layu bersama bawang untuk dijadikan stok sayuran, kisar dan bekukan di dalam bekas kecil seperti ini. Hanya ambil seketul kiub sayuran dan masukkan ke dalam masakan anda. Sihat dan menjimatkan!

#5 Seorang Satu Bakul

Pening dengan baju menggunung? Paling sukar tentunya baju anak-anak, tidak boleh dilipat sebarangan kena cari padanan baju dengan seluar.

Paling mudah, asingkan baju setiap ahli dalam rumah dalam bakul berbeza. Setiap kali ada masa terluang, selesaikan satu bakul terlebih dahulu. Lebih menjimatkan masa dan lebih mudah nak cari pasangan baju dan seluar.

Yang belum cuba tu, apa kata anda mulakan sekarang! Banyak masa dapat dijimatkan. Bolehlah anda lakukan kerja-kerja lain yang tertangguh sebelum ini.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.