Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

5 Sebab Bayi Menangis & Cara Menenangkannya. Jangan Ingat Bayi Menangis Sebab Lapar Je Tau!

Bila bayi tak meragam, hati ibu ayah pun senang!
Editor
21 Sep 2020, 08:00 AM

5 sebab bayi menangis & cara menenangkannya. jangan ingat bayi menangis sebab lapar je tau!

Kredit: Shutterstock

Siapa yang tidak ‘geram’ bila melihat bayi terutamanya yang berusia 2 tahun ke bawah. Tidak kiralah waktu tidur, lepas bangun tidur atau ketika mereka tersenyum. Tetapi saat bayi mula menangis, ramai yang akan panik. Susu dah diberi, tetapi mengapa si manja masih menangis? Rileks ibu ayah!

Bayi menangis bukan semata-mata kerana lapar, tetapi ada sebab lain yang kadang kala sukar difahami ibu bapa. Kami kongsikan terutamanya kepada ibu bapa muda, sebab kenapa bayi mereka menangis.

#1 Tidak selesa

Bukan kita sahaja yang perlukan keselesaan. Bayi kecil pun sama! Mereka menangis mungkin disebabkan mereka tidak selesa kerana terlalu panas atau sejuk.

Nak buat macam mana? Antara yang boleh dilakukan termasuklah menyalin pakaian yang lebih nipis, membuka atau menutup kipas dan jika bayi belum mandi, segeralah mandikan mereka!

#2 Lampin dah penuh

Jangan biarkan bayi anda memakai lampin pakai buang buang untuk tempoh terlalu lama. Bukan sahaja menyebabkan ruam gatal, tetapi lampin yang penuh membuatkan bayi tidak selesa. Sesetengah bayi, minta disalinkan lampin sejurus selepas buang air besar.

Nak buat macam mana? Setiap kali bayi menangis, pastikan anda periksa lampin mereka. Pastikan lampin bayi anda bersih. Pastikan juga anda menukar lampin bayi dengan kerap dalam anggaran masa tidak melebihi 4 jam.

#3 Waktu tidur terganggu

Siapa pun akan marah jika waktu tidur terganggu, kan? Jika kita hanya memerluan 6 ke 8 jam waktu tidur yang ideal, bayi pula memerlukan masa tidur antara 14 ke 16 jam setiap hari. Bayi boleh menangis jika waktu tidur mereka terganggu.

Nak buat macam mana? Tenangkan bayi anda yang menangis akibat tidak cukup tidur itu terlebih dahulu. Pelukan, belaian dan urutan manja boleh menenangan bayi. Letakkan si manja di tempat tidur yang selesa dengan pengudaraan mencukupi dan pasang bunyi bunyian yang bersesuaian. Rancang aktiviti harian agar tak ganggu waktu tidur bayi dan pastikan juga persekitaran tempat tidurnya tidak terlalu bising!

#4 Tidak sihat

Bayi yang tidak sihat juga akan menangis lebih kerap daripada biasa. Sekiranya bayi anda meragam, pastikan anda periksa suhu badannya. Periksa juga adakah bayi mula menunjukkan tanda kurang selera makan, hidung berair atau ada tanda batuk.

5 sebab bayi menangis & cara menenangkannya. jangan ingat bayi menangis sebab lapar je tau!

Kredit: Shutterstock

Nak buat macam mana? Segera bawa bayi anda ke klinik untuk tindakan selanjutnya. Jangan beri sebarangan ubat-ubatan kerana sesetengah ubat tidak sesuai diberikan untuk bayi 2 tahun ke bawah. Pastikan anda pantau suhu badan bayi agar tidak terlalu panas.

#5 Kembung perut

Kembung perut antara masalah biasa yang terjadi kepada bayi. Masalah ini boleh terjadi disebabkan teknik penyusuan yang salah, bayi tidak disendawakan dengan betul selepas menyusu terutamanya pada 3 bulan pertama dan berpunca daripada usus bayi yang belum matang. 

5 sebab bayi menangis & cara menenangkannya. jangan ingat bayi menangis sebab lapar je tau!

Kredit: Shutterstock

Nak buat macam mana? Antara cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan menggerakkan kaki bayi ke atas dan ke bawah perut seperti bersenam. Ibu bapa juga boleh melakukan urutan lembut ke seluruh badan menggunakan minyak angin bayi seperti Minyak Telon Najeehah terutama di bahagian perut atas bahagian atas buku lali.

Minyak Telon Najeehah mengandungi saffron yang merupakan herba termahal dan terkenal di dunia yang dipercayai sejak zaman berzaman. Selain saffron, Minyak Telon Najeehah juga diperkaya dengan kebaikan za’faran, bidara, pudina, minyak kayu putih, minyak kelapa dara, habbatussauda dan essential oil.

Minyak Telon Najeehah sesuai digunakan oleh ibu-ibu mengandung dan bayi yang berumur kurang daripada 2 tahun. Bila bayi tak meragam, sudah tentu ibu ayah dapat tidur lebih lena. Betul tak?

Apa tunggu lagi? Jomlah “LIKE” dan “FOLLOW” Facebook dan Instagram Najeehah HQ untuk info lanjut dan untuk mendapatkan Minyak Telon Najeehah, hari ini!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.