Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Influenza Sebelum Mengerjakan Umrah

Pastikan anda ambil suntikan ini 2 minggu sebelum ke Tanah Suci.
Editor
12 Nov 2018, 07:00 AM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Setiap orang Islam tentunya memasang impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Sungguhpun nama belum dipanggil untuk mengerjakan haji, tetapi sekurang-kurangnya dalam mengerjakan umrah.

Banyak persediaan yang perlu dilakukan sebelum mengerjakan umrah, selain membuat persediaan fizikal seperti bersenam dan berjalan, menghadiri kursus yang dianjurkan, menyediakan kelengkapan pakaian yang sesuai, anda juga perlu pastikan telah mengambil suntikan influenza. Jangan ambil mudah ya dengan penyakit ini, terutamanya untuk golongan yang berisiko tinggi. Kami senaraikan 5 perkara yang anda perlu tahu tentang influenza dan cara untuk melindungi diri daripada penyakit ini semasa di Tanah Suci.

#1 Mengapakah kita mudah dijangkiti influenza sewaktu menjalani ibadah umrah?

Sewaktu umrah, jutaan umat Islam dari seluruh dunia berhimpun di Makkah dan Madinah. Dalam keadaan berhimpit dan bersesak-sesak, kurang rehat, serta faktor perubahan cuaca boleh jejaskan sistem pertahanan tubuh. Ditambah lagi dengan kehadiran jemaah dari pelbagai negara yang membawa masuk pelbagai strain virus influenza, lebih mudahlah kita dijangkiti penyakit ini.

#2 Mengapakah influenza lebih berbahaya kepada warga emas, pesakit kronik dan kanak-kanak?

Warga emas, pesakit kronik dan kanak-kanak antara golongan berisiko tinggi kerana sistem pertahanan tubuh yang lebih rendah untuk melawan penyakit ini.

5 perkara yang anda perlu tahu tentang influenza sebelum mengerjakan umrah

Kredit: Shutterstock

#3 Sekiranya seseorang dijangkiti influenza, adakah seluruh ahli keluarganya turut berisiko untuk dijangkiti?

Ya, seluruh ahli keluarganya berisiko dijangkiti influenza disebabkan pergaulan rapat. Jemaah umrah juga boleh membawa pulang virus influenza dari Makkah dan menjangkiti ahli keluarganya setelah pulang ke tanah air.

#4 Bagaimana kita boleh mencegah influenza sewaktu menunaikan umrah?

Cara yang terbaik untuk mencegah influenza adalah dengan mendapatkan vaksinasi influenza sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum berangkat supaya badan cukup bersedia untuk melawan penyakit. Pastikan juga anda menjaga kebersihan diri, menjauhkan diri daripada jemaah yang jatuh sakit, membersihkan permukaan yang selalu disentuh dan elakkan menyentuh mata, hidung serta mulut tanpa sebab. Pastikan juga anda mendapat rehat dan minum air secukupnya.

5 perkara yang anda perlu tahu tentang influenza sebelum mengerjakan umrah

Kredit: Shutterstock

# 5 Mengapakah para doktor mengesyorkan vaksinasi influenza sebelum menunaikan umrah?

Bukan sahaja ketika di Tanah Suci, jemaah berpotensi untuk dijangkiti penyakit ini di mana-mana termasuk di lapangan terbang, ketika dalam perjalanan dan di hotel. Lebih membahayakan, influenza boleh tersebar walaupun individu yang dijangkiti belum menunjukkan sebarang gejala.

5 perkara yang anda perlu tahu tentang influenza sebelum mengerjakan umrah

Lindungi diri dan keluarga anda daripada influenza dengan mendapatkan vaksinasi setiap tahun dan jika anda bakal ke Tanah Suci, pastikan anda telah dilindungi dengan vaksin influenza sekurang-kurangnya dua minggu sebelum berlepas.

Dapatkan nasihat doktor dan layari  www.ifl.my/beattheflu untuk info lanjut!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.