Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Jom Bayar Wakaf Dengan 4 Cara Mudah Ni!

Harta yang kita miliki sebahagiannya terdapat hak orang lain.
26 Jan 2018, 02:16 PM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Wakaf merupakan satu cara mendekatkan diri kepada Allah dengan menyerahkan harta kekayaan yang dimiliki untuk jalan Allah SWT. Wakaf juga merupakan satu ibadah yang boleh membantu meningkatkan ekonomi dan taraf hidup umat islam.

Antara kelebihan berwakaf ialah mendidik dan menyedarkan seseorang itu bahawa semua harta benda yang dimiliki bersifat tidak kekal. Kita perlu ingat bahawa harta yang kita miliki juga harus diagihkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan ada sebahagian hak orang lain dalam harta kita.

Berdasarkan sebuah hadis riwayat Muslim iaitu yang bermaksud: Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak soleh yang mendoakannya.

Sehubugan dengan itu, pihak Johor Corporation (JCorp) melalui Waqaf An-Nur Corporation Berhad, baru-baru ini telah melancarkan Waqaf Saham Larkin Sentral dan ini merupakan wakaf saham tawaran awam yang pertama di dunia.

jom bayar wakaf dengan 4 cara mudah ni!

Objektif Waqaf Saham Larkin Sentral ini adalah untuk mengumpulkan dana bagi membiayai projek naik taraf Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral yang menelan kos sebanyak RM85 juta!

jom bayar wakaf dengan 4 cara mudah ni!

Kredit: Waqaf Saham Larkin

Bagi cara berwakaf pula, pengguna mempunyai empat pilihan bergantung kepada kesesuaian dan kesenangan mereka. Anda boleh menggunakan 4 cara ini untuk membayar wakaf:

1. Langganan Waqaf Saham Melalui Talian Bagi Pemegang Akaun Maybank

  • Log masuk www.maybank2u.com.my.
  • Layari ke seksyen “Pelaburan”.
  • Pilih “Waqaf” untuk melanggan saham.
  • Ikuti arahan yang diberikan.

jom bayar wakaf dengan 4 cara mudah ni!

Kredit: Shutterstock

2. Langganan Waqaf Saham Bagi Pemegang Akaun Selain Maybank

  • Layari ke seksyen laman web/ATM berhubung dengan JomPAY.
  • Kod bil wakaf adalah 50195.
  • Kemukakan borang langganan serta bukti pembayaran menggunakan pos biasa atau masukkan ke dalam kotak yang disediakan di Symphony House, Petaling Jaya.

3. Lain-Lain Cara Langganan Waqaf Saham

  • Lengkapkan borang langganan dan sediakan bentuk bayaran yang sesuai seperti bank deraf, kiriman wang, deposit tunai dan sebagainya.
  • Bayaran hendaklah dibuat atas nama “MIH Waqaf Account Number 1” dan dipalang “Akaun Penerima Sahaja”. Sahkan dibahagian belakang dengan nama dan alamat anda.

jom bayar wakaf dengan 4 cara mudah ni!

Kredit: Shutterstock

4. Langganan Waqaf Saham Melalui Potongan Gaji

  • Lengkapkan borang potongan gaji yang boleh diperoleh daripada jabatan sumber manusia atau daripada WANCorp.

Untuk penjelasan lebih lanjut, anda boleh layari laman layari Waqaf Saham Larkin Sentral.

Sesiapa sahaja boleh merebut peluang untuk berwakaf ini tanpa mengira bangsa dan agama kerana ini merupakan sebagai usaha murni untuk menyumbang kepada masyarakat.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.