Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Baru Beli Rumah? 3 Kerosakan Ini Anda Perlu Check Dulu Sebelum Pindah Masuk

Jangan lupa lapor kerosakan ni dengan segera ya!
Editor
19 Nov 2018, 07:00 AM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Membeli rumah merupakan pelaburan jangka panjang, jadi sebelum membuat sebarang keputusan membeli rumah, pastikan anda benar-benar bersedia dan telah buat kajian terperinci tentang harga, keadaan persekitaran dan reputasi pemaju.

Tidak dinafikan dalam sesetengah keadaan, kita tak dapat lari daripada masalah-masalah ini walaupun semua langkah pencegahan dah dilakukan. Antara masalah biasa yang dihadapi pembeli rumah baru termasuklah:

1.       Kebocoran Siling/Dinding

 

baru beli rumah? 3 kerosakan ini anda perlu check dulu sebelum pindah masuk
Kredit: Shutterstock

Kebanyakan kebocoran siling dan dinding di dalam rumah berlaku di kawasan dapur atau tandas. Bagi unit kediaman bertingkat tinggi, masalah kebocoran di siling sering berlaku kerana ianya berpunca dari unit di tingkat atas.

2.       Lelehan Air Di Tingkap

baru beli rumah? 3 kerosakan ini anda perlu check dulu sebelum pindah masuk
Kredit: Shutterstock

Tingkap merupakan antara elemen penting sesebuah rumah. Jika terdapat lelehan air pada tingkap, berkemungkinan besar berlaku keretakan, ada lubang pada tingkap atau berkemungkinan juga tingkap anda tidak dipasang dengan sempurna.

3.       Retak Pada Struktur Rumah

baru beli rumah? 3 kerosakan ini anda perlu check dulu sebelum pindah masuk
Kredit: Shutterstock

Keretakan berlebihan pada dinding luar dan dalam, tembok, lantai, tiang dan siling konkrit merupakan indikasi kerosakan major. Jika keadaan ini berlaku di rumah anda, segera maklumkan untuk tindakan.

Jadi bagaimana hendak pastikan kita benar-benar dilindungi sebelum menandatangi borang pemilikan rumah idaman?

baru beli rumah? 3 kerosakan ini anda perlu check dulu sebelum pindah masuk

Sudah tentu dengan adanya standard kualiti kemahiran kerja untuk projek perumahan seperti Sistem Penilaian Kualiti CIDB dalam Pembinaan (QLASSIC) untuk skim kualiti hasil kerja yang baik. Sistem ini telah dilancarkan pada tahun 2007 untuk memastikan pemaju hartanah menghasilkan rumah berkualiti.

Sejak implementasi, lebih 2000 projek telah dinilai ataupun komited untuk penilaian. Untuk itu, sebelum beli rumah, anda boleh tanya kepada pemaju skor QLASSIC yang telah dikeluarkan oleh CIDB.

Skim QLASSIC ini terbuka untuk semua projek perumahan baru tidak kiralah rumah teres, berkembar, banglo, flat, apartmen, kondominium dan unit perumahan bercampur. Tetapi penyertaan ini tidak diwajibkan kepada pemaju. Klik di sini www.cidb.gov.my untuk info lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.